learn wisdom by reflection, imitation and experience

Tips Joging

Assalamualaikum...??



Ade sape-sape yang minat joging??? kalau ade, boleh la kite jadi "geng". alif memang suka joging, kalau nak join alif joging, jomlah sama-sama kite joging kat tasik seksyen 7 Shah Alam.. kat mane ye tu??? cari lah sendiri tasik tu....hehehe...

Visi alif untuk berjoging sebenarnya bukanlah kerana nak dapatkan bentuk tubuh yang cantik dan "sasa" semata-mata tau...

alif berjoging adalah kerana tuntutan KESIHATAN. Maklumlah zaman sekarang ni macam-mecam penyakit yang timbul dan yang paling penting ialah kebanyakkannya adalah berpunca dari pengambilan makanan yang tak betul dan ketidakpekaan kita terhadap kesihatan..

Kawan, kawan mahu kekal sihat tak??? jom BERJOGING dan ikut lah tip-tip yang alif terjumpe di internet ni...


1. Ape yang kawan-kawan perlu tahu, berjoging ni sebenarnya satu kaedah yang paling berkesan dan mudah untuk membakar kalori dalam badan tau. Tak perlu berbelanja besar untuk beli peralatan yang mahal-mahal, cuma bermodalkan kaki je...

2. Kalau boleh, amalkan berjoging di waktu pagi. Waktu yang sesuai ialah jam 7 pagi. Kenapa ye? sebab, udara pada waktu pagi sangat nyaman dan mempunyai kandungan oksigen yang banyak. Udara yang kite sedut semasa berjoging (waktu pagi) dapat membantu badan untuk membakar kalori dengan lebih banyak tau.

3. Sebaik-baiknya kalau berjoging waktu pagi, jangan makan ape-ape ye kawan-kawan. Cuma perlu kumur dan minum air kosong dengan secukupnya tapi jangan terlalu banyak sebab nanti awak jugak yang susah nak bergerak. 

4. Yang penting skali ialah kene buat "warm-up" dulu. Buat lah lompat-lompat setempat atau pumping... tak pun, kalau awak ade tali skipping, ha guna benda tu untuk lompat. Tujuannya adalah untuk memberi regangan pada badan. Bila badan dah di "cas", maka boleh la slow-slow joging dan tambahkan kelajuan mengikut kemampuan.

5. Pakaian mestilah selesa dan jangaan pakai yang ketat-ketat ok... bukan ape, takut ade orang je yang akan ikut awak kat belakang nanti...heheheh... takde lah, sebenarnya, kalau pakai ketat2, nanti ia akan menyekat dan membantutkan pengeluaran peluh dari badan. Jadi, pakaian mestilah longgar sedikit supaya peluh dapat keluar dengan aman...hehehe..

6. OK last skali, ape yang awak perlu lakukan kalau tiba-tiba tengah joging, awak rasa penat sangat macam nak pengsan??? OK, tenang dan berhenti seketika. Cuma perlu duduk dan bernafas dalam-dalam. Sedut sebanyak mungkin udara dan hembus laju-laju... OK?? 

semoga dapatlah bantu kawan-kawan untuk membuat persediaan JOGING pada hari esok dan hari-hari seterusnya... =)



Share:

4 komen:

EiZaRaZiErYa said...

ermm..menarik~ zie memang nk jogging slalu..tapi xde mase je..adeh..ermm..

Zul Fattah said...

bro..dulu, masa aku sekolah menengah, aku selalu jogging, waktu pg..pukul 5 pg..aku dengan kawan aku pergi jogging..haha.. tp lepas, masuk u.. lain la..malas rasa, asyik main futsal jew.. jogging pun, seminggu sekali jew..

Fara Ada said...

nice tips!
sy suka jgk berjoging..tp lebih selesa brisk walk..sbb xlarat nk lari sgt..hahaha...tp bila enjin dah panas tu sy lari la jgk..jog sikit2..
owhh org s.alam rupanya..dah lama xpegi tasik tu sejak2 pindah dok KL...sy sll jog kt tasik taman jaya.. :)

rays zimie said...

Tapi aku selalu jogging pukul 4 , tk.pe ke?

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support