learn wisdom by reflection, imitation and experience

Hukum Air Mani

Assalamualaikum...



Entry alif kali ni agak matang sedikit di mana alif ingin kongsikan bahan bacaan yang alif baca dari JAKIM
khasnya buat kaum adam yang mungkin tidak tahu ape hukumnya sifat air mani..


Hadith: 
Dari Amar bin Maimun r.a katanya: Aku bertanya kepada Sulaiman bin Yasar perihal mani apabila mengenai pakaian seseorang; apakah cukup dengan membersihkan yang terkena mani itu sahaja ataukah harus mencuci kain itu seluruhnya?

Jawabnya: Aisyah pernah mengkhabarkan kepadaku bahawa Rasulullah SAW hanya membersihkan bahagian yang kena mani itu sahaja; kemudian beliau pergi solat dengan memakai kain itu. Aku memang melihat bekas cucian di kain itu.

Huraian Hadith: 
Mengikut pendapat asy-Syafi'eyyah, pakaian yang terkena air mani boleh digunakan untuk menunaikan solat kerana air mani tidak dikira najis. Namun pandangan asy-Syafi'eyyah juga menyebut bahawa disunatkan membasuh pakaian yang terkena air mani sekiranya air mani itu telah kering pada pakaian. (Ibn Qudamah, Mugni al-Muhtaj, jld:1, hlm:79-80)

Dr. Wahbah al-Zuhailiy berpendapat, air mani tidak boleh dikategorikan sebagai najis. Ini kerana manusia dijadikan daripadanya dan sebagai memudahkan urusan anak adam. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, Fiqh al-Islamiy, jld:1,hlm:164).

Rujukan: JAKIM
Share:

28 komen:

Zul Fattah said...

Tapi alif..kalau dah keluar air mani tu.. mesti dia keluar sekali dengan air mazi.. jadi ia bercampur kan?

ini, air mani yg keluar dengan sengaja ke tidak sengaja?
adkah ia berbeza?

alif ismail said...

Air mani ialah cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani. Hukum air mani adalah suci.

Walau bagaimanapun apabila keluar air mani, maka seseorang itu wajib mengangkat hadas besar iaitu mandi wajib.

Air mazi ialah air yang keluar ketika ghairah. Jika diyakini air yang keluar itu adalah air mazi, maka seseorang itu tidak wajib mandi hadas, memadai dia membasuh sahaja kemaluannya dan tempat yang terkena air mazi tersebut. Ini kerana air mazi adalah najis mutawassitah (pertengahan).

Air wadi pula ialah air putih pekat yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita selepas membuang air kecil, atau mengangkat sesuatu barang yang berat atau kepenatan. Hukumnya adalah najis mutawassitah iaitu sama dengan air mazi dan tidak perlu mandi wajib memadai dengan membasuhnya sahaja.

Sekiranya air mazi dan wadi terkena pada pakaian ketika solat, solat tidak sah kerana kedua-duanya adalah najis mutawassitah.

Air mani tidak najis, jika terkena pakaian ketika solat, solat tidak batal

sumber:
http://epondok.wordpress.com/2009/08/17/beza-air-mazi-air-mani-dan-air-wadi/

Zul Fattah said...

Ooo.. macam tu eh..tima kasih utk penjelasan ini..

kalau keluar air mani dengan sengaja berdosa kan?

alif ismail said...

Hukum onani adalah haram...

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mahu selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)

Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

1. Kerana takut berbuat zina.
2. Karena tidak mampu kawin.

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)

Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam

Zul Fattah said...

Oo.. Onani ni haram.. tp ada batsnya...

hehe.. dh brapa bnyak dosa dh aku buat ni.. kalau mcm ni..???

hope lpas ni.. dapat puasa r..

Mohd Khairi Khadzir said...

thanks share benda ni..sgt2 berguna n pnting kpd kaum lelaki mcm kite ni... (^___^)

Abu Huzaifah said...

yup betul tu... bgus alif... nice sharing.. :D

MARIA LIZA said...

good info for all

sara zainol said...

sudah paham skrg.. thanks for ur information.. ^^ boleh la kongsi ngan kwn2 sy yg lain..

Afikah Aziz said...

nice entry..dapat ilmu bile bace ni,terima kasih alif

afeb pilah said...

trimas share weh!

bergune sgt!

sbg tazkirah pd sume!

Hans said...

wah
entry yg bagus nih aliff
bertambah ilmu den
thanks ya
:-)

Zul Fattah said...

Alif.. aku ada tag ko dlm segmen ni..
http://zulfattah.blogspot.com/2011/07/segmen-join-bloglist-alissyayana.html

alif ismail said...

@Zul Fattah betul tu, cara yang terbaik ialah dengan cara berpuasa...

alif ismail said...

@Mohd Khairi Khadzir insyaallah...semoga berguna untuk semua..

alif ismail said...

@Abu Huzaifah thanks sudi drop sini n komen..

alif ismail said...

@MARIA LIZA moga-moga, insyaallah...

alif ismail said...

@sara zainol ye, ape yang baik perlukan dikongsi bersama...

alif ismail said...

@Afikah Aziz sama-sama sis afikah... moga-moga ilmu ni dapat kita amalkan..

alif ismail said...

@afeb pilah sama-sama kasih bro afeb!! ingat semua pesan-pesanan tuh ok!!

alif ismail said...

@Hans sama-sama kasih bro hans... sekadar perkongsian dengan niat mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan...

alif ismail said...

@Zul Fattah owh sempat lagi tag!!! thanks bro fattah!!

alif haris said...

air mani bukan najis kan ..

tp salu klu dah terbasah sbb mimpi aku basuh je .. haha ..

alif haris said...

hahahaha .. bukan lah .. mksud aku seluar tu basuh je..
bdn mst r kene mandi wajib ..
klu tak tak sah solat aku sekian lamanya ... sia2 bhai .. hahaha :D

iPai said...

nice info bro .. walaupun aku dah tau .. bagus untuk orang tak tahu ..

alif ismail said...

@iPai sekadar untuk ingat mengingati...huhu..

samizul.net said...

d(^^,)

Cuma satu mau komen, link JAKIM tu macam broken ja, ehe..

Anonymous said...

Kalau kita bersandar pada tempat yg pernah terkena air mazi pada waktu air mazi itu telah pun kering...maka sah tidak solat kita...?

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support