learn wisdom by reflection, imitation and experience

Spaghetti Bolognaise

Spaghetti Bolognaise


Bahan-bahan:

Sepeket Pasta jenis spaghetti (rebus sehingga masak - siap)

Bahan untuk kuah:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (dadu)
4 biji tomato (dadu)
1 biji cili besar (hiris halus)
1 tin kecil tomato puri
1 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
minyak jagung untuk menumis
500 gm daging lembu/ayam cincang
2 helai daun bay (optional)
1 sudu besar serbuk oregano
1 tin besar cendawan butang (hiris kasar)
1 liter air/air rebusan daging@ayam
1 biji capsicum kuning (dadu)
1 biji capsicum hijau (dadu)
Bahan perasa (no ajinomoto)

Cara-cara:
1. tumiskan bawan putih, bawang besar dan hirisan cili sehingga sedikit garing.
2. Masukkan tomato puri, sos tomato, sos cili dan tomato dadu. Renehkan sebentar.
3. Masukkan daun bay dan serbuk oreganu. Reneh sehingga naik bau.
3. Masukkan daging lembu/ayam yang telah dicincang. Masak sebentar.
4. Masukkan air/ air rebusan daging@ayam. Masak sehingga daging betul-betul masak.
5. Masukkan cendawan butang dan bahan perasa.
6. Akhir sekali, masukkan capsicum kuning dan hijau. Masak sehingga mendidih untuk 1 minit.
7. Sedia dihidang bersama secawan lemon tea.

p/s: kepekatan kuah bergantung kepada individu. Sekiranya anda suka kuah pekat, hadkan jumlah air, dan begitulah sebaliknya.

Selamat mencuba resepi mudah!!!!



Share:

1 komen:

3no gr33ny said...

pnah buat tapi xpnah plak msukkan daun bay, serbuk oreganu & capsisum...huhu..

emm nk kna cuba ni..p serbuk oreganu tu cne chef??

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support