learn wisdom by reflection, imitation and experience

Pelik Kan?




Assalamualaikum...

Kawan-kawan, ambik masa 4 minit untuk baca dan muhasabah ini...

Sedar tak kita bahawasanya:

Sedikit saja orang yang respon email yangg mengajak befikir tetapi ramai pula yang prefer untuk respon kepada email berbentuk jenaka, resepi, chit-chat kosong dan bertelagah pendapat, pelik kan?

Ramai orang yang suka berjalan-jalan ke taman rekreasi berbanding dengan orang yang pergi menziarahi sanak saudara dan rakan taulan, pelik kan?

Ramai orang yang sanggup megeluarkan wang belanja untuk memelihara kucing siam, pokok orkid, dan sebagainya dari membantu atau memelihara anak yatim dan orang miskin, pelik kan?

Wang berjumlah RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket, pelik kan?

waktu selama 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tetapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi, pelik kan?

Betapa lamanya 1 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung, pelik kan?

Tidak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tetapi tidak pernah puas dgr lagu kesukaan kita walaupun dah diulang dua tiga kaset berkali-kali, pelik kan?

Apabila mendengar iklan jualan murah dalam tv, rasa tidak sabar2 nak pergi beli-belah tetapi apabila mendengar laungan azan tidak pula berkejar-kejar untuk ke masjid menunaikan solat jemaah, pelik kan?


Kita sanggup ke pasar malam yang sangat jauh dengan menaiki kereta tetapi masjid di sebelah rumah pun rasa berat kaki untuk melangkah, pelik kan?

Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan kepada Allah SWT saat berdoa selepas solat, tetapi betapa banyaknya idea bersembang tatkala bersama kawan2, pelik kan?

Lantang sungguh suara kita berteriakan sepanjang waktu pertandingan bola sepak tetapi betapa lemahnya suara kita apabila mengikuti tasbih dan zikir bersama imam, pelik kan?

Susah sungguh untuk habiskan al-Quran walau satu halaman tetapi majalah hiburan dan novel best-seller sudah habis terbaca walau 100 halaman, dan berbangga dengan pencapaiannya, pelik kan?

Ramai sangat orang berebut untuk duduk di barisan paling depan apabila menonton perlawanan bola atau konsert tetapi berebut cari saf paling belakang apabila solat Jumaat, supaya boleh cepat keluar, pelik kan?

Susahnya untuk mengajak seseorang untuk menyebarkan dakwah tetapi mudah pula orang yang menyertai dan menyebar gossip, pelik kan?

Kita begitu cepat percaya pada sesuatu yang dikatakan di email layang di internet tetapi sering mempertikaikan apa yangg dikatakan dalam al-Quran, pelik kan?

Kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email tetapi akan berfikir dua tiga kali untuk mengirim sesuatu yang berilmiah dan berfaedah, pelik kan?

Sungguh pelik dengan islam kita zaman sekarang ini kan kawan-kawan??? sama-samalah kita muhasabah diri.. Semoga Allah memberi kita hidayah...

Share:

17 komen:

sara zainol said...

tepuk dada tya iman.. ^^ melayu islam skrg sudah byk berubah.. sedeey :'(

haslinda said...

rasanya tak semua orang islam macam tu. islam yg sebenarnya islam tu la kena membimbing dan menyedarkan islam yang semakin lalai tu. :)

Fee Hafeezah ketuk keyboard said...

Dunia akhir zaman..waallahualam :D

Mesin Taipku said...

yup..muhasabah diri......

dAyAnA. ヅ said...

setuju .. :)

Suhazli said...

santapan rohani..alhamdulillah memperingatkan 1 sama lain..

islam hanya sekadar nama sahaja sekarang ni..terbentang dkt i/c je..hurmmm.. :(

iQa~ said...

Alhamdulillah, masih ade yg perasan semua ini...
terima kasih mengingatkan sesama islam.. =)

zarulfarhana said...

kena muhasabah diri nie...

alif haris said...

terasa aku dow .. huhu ..
papepon guud .. nice sharing ..
buat diri ini muhasabah diri semula :)

Abu Huzaifah said...

hehe.. nice bro... apa2 pun tepuk dada tnya iman, kita ada akal, guna kan akal sebaiknya.. semoga mereka insaf, begitu juga pada diri kita sendiri... mnusia cpt pelupa, lalai..

Anif Abdullah| AA said...

anif pun terlepas pndang gak benda2 ni.. thanks,memberi info yg bercorak ilmiah ni..good!!Kalau nak cri dalam paper,memang tak terbukak dow..haha

hira said...

insya Allah :) thanks a lot! ;D

senyumSOYA said...

tahniah adik!!
caya la..
be a better muslim..
spread the love of islam..
happy ramadhan!! ^^~

teha said...

agree ! kita kne selalu muhasabah diri :)

saiazuan said...

satu kesedaran tu..aku stkt ni masih normal la..tp blum tahap hebat dlm agama or fanatik dlm hiburan.. hidup besederhana je aku mampu :)

great entry :)

L said...

dtg sini bg senyuman, nk bawak milo tp xleh, pose kaaan =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/selamat-berpuasa-ya.html

iPai said...

terasa seh ...

banyak ye kita kejar benda yg nampak .. kita kena banyakkan training utk kejar benda2 yg tak nampak tuh ..

sama2 laa kita berubah ..

thanx peringatankan

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support