learn wisdom by reflection, imitation and experience

5 Bonus Khas Ramadhan



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu:


Bonus 1
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah swt.

Bonus 2
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

Bonus 3
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu". (mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).

Bonus 4
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

Bonus 5
Mereka akan mendapat pengampunan pada akhir malam ( orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)".

Sahabat bertanya kepada baginda Rasullullah s.a.w " Ya Rasullullah, apakah itu akan berlaku pada malam lailatuqadar?".

Baginda menjawab, "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya setelah menyelesaikan amalannya". (Riwayat Ahmad)
Share:

14 komen:

blognizamlah said...

manisnya ramadan....^^

TeAqArH said...

uiks...kite wat entry yang sama la alif...^_^

laskar pelangi said...

indahnya Ramadhan

:)

Lea IsNaw! said...

bulan ramadhan bulan pernuh keberkatan =)

Puan Kutu said...

klu boleh setiap bulan nak puasa.indahnya ramadhan kan..

Anif Abdullah| AA said...

perkongsian yang bagus pada bulan ini..hmm..^^

Afzainizam said...

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud "Sedekah itu adalah sesuatu yang paling besar (diulangi oleh baginda sebanyak 3 kali)" al-Hadith.

Hadith daripada Abu Hurairah r.a. katanya "Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda :"Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir". Kata seorang sahabat;'Ya Rasulullah bahwa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?' Jawab nabi : "Bahwa mereka adalah mahluk Allah. Sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat tuhan yang rahman".

Bersedekahlah setiap hari pada bulan ramadhan, tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan ramadhan. Bersedekah dibulan puasa diampunkan dosa yang banyak dan berlipat kali ganda pahalanya. Dicurahkan rahmat oleh Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan syurga dan terjauh dari bala bencana.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip servis motorsikal kupcai scooter

feza said...

bulan ramadhan. bulan mengumpul pahala.

TeAqArH said...

same la kite..amek dr sumber yg sama..n ade lg yg nk dikongsikan dr majalah tu...^_^

Zul Fattah said...

aku maish mencari mlm lailatur qodar... harap2 dosa2 aku yg lepas dapat diampunkan...

Abu Huzaifah said...

ini bulan yg penuh dgn keberkatan

::FAIZ FARISH:: said...

nice... thanks 4 share....

Edy Fee said...

wangi bau mulut tu susah nak dapat..sebab org sekrng pose pon sempat ngumpat agy

sha my heart said...

smga amalan kita diterima dan dapat bonus ni =)

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support