learn wisdom by reflection, imitation and experience

Puasa Latih Diri




Sedarkah kita menjalani ibadah puasa dapat melatih diri dan membentuk sifat-sifat terpuji. Antaranya:
 

Sifat Ikhlas
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keihklasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukannya. Itulah sebabnya ibadat ini lebih istimewa dari yang lain. sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.
 
Kekentalan jiwa
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya selain Ramadhan. Ini mendidik kita lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.
 
Sabar
Puasa melatih kita supaya dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dalam kehidupan.
 
Memelihara fizikal
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
 
Prihatin dan belas kasihan
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.
 
Membuka hijab antara diri dengan Allah
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.
 
Mengenali erti kejayaan sebenar
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.
 
Rasa belas dan lemah lembut
Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah ia berkata " Aku berpuasa!." Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.
 
Memperkukuhkan kesatuan ummah
Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan Ramadhan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat dan kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adalah perkara yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.
 
Merapatkan hubungan dengan alam
Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.
 
Menjaga masa
Puasa mengajar seorang muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka puasa dan bersahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.
 
Kesihatan tubuh badan
Pakar-pakar perubatan puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubat-ubatan moden dan tradisi. Terutama penyakit berkaitan masalah perut.
Share:

25 komen:

Mohd Khairi Khadzir said...

bulan puasa bulan utk buat persiapan raya haha

Fatin Farhana Binti Ramli said...

bulan puase bulan ibadah..

::FAIZ FARISH:: said...

stuju gak sikit ngan Mohd Khairi. hehe

FYA PELANG! said...

betul betul. di samping menguji kekuatan iman, kan ? halwa iman pada ouh. . . asyiknya !







http://fyapelangi.blogspot.com/2011/08/wordless-wednesday-8.html

Mesin Taipku said...

bulan ketenangan..dan juga bulan penuh rejeki...
d^___^b

sara zainol said...

Alhamdulillah, itu lah sifat sifat mahmudah :) harap selepas puasa ini pon msh kekal sifat sifat ini dlm diri kita :)

Siti Arfah said...

Nice entri. :). Slm ramadhan kareem ya.

Abu Huzaifah said...

bgus2... nice sharing... nasihat yang berguna.. :D

iPai said...

isi yang bernas .. moga habis ramadhan ni semua sifat tuh lekat dgn kita ..


selamat berpuasa aliff

ooo, ko korek post lama aku ye .. hehe

..hizamirahim.. said...

bila puasa mmg betol2 rasa sihat.
:B

Suhazli said...

bila puasa rasa seronok je buat amal.. :)

iQa~ said...

ramadhan bulan mulia...buat amal byk,bykla pahala.. =)

afeb pilah said...

selamat berlatih! ahaha!XD

apik pehe said...

aminnn,,nk gak camtu

khairul said...

TQ atas info ini

senyumSOYA said...

amin...insyaAllah..^^!

sha my heart said...

terbaik la..
smga sifat2 itu terus berakar dan subur dalam hati kita

hyz said...

bulan memperbaiki diri....

QasehSuci said...

setuju ngan sumer kt atas...

Fezul Fadhley said...

-- salam ramadhan --

mufied said...

salam ramadhan sob ...

Saiazuan said...

smoga latihan ni bkn sekadar latihan..trs amalkn walaupn pd bln2 lain

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy buat servis kereta
Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Selamat datang Ramadhan, bulan penuh ampunan
Selamat datang Ramadhan, bulan penuh ganjaran

Mari kita menyambut dengan hati gembira
Mari kita menyambut dengan hati bahagia

Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam
Marhaban Ya Ramadhan Ya Syahrul Syiam

Allah jadikan Ramadhan bulan penuh berkah
Allah jadikan Ramadhan bulan penuh rahmah

Perbanyaklah ibadah, jangan lupa dedekah
Perbanyaklah tadarus, jangan lupa shalawat

Zul Fattah said...

sama2 la, kita mendapat rahmat dalam bulan Ramadhan ni.. haha.. setakat ni ok lg la puasa aku.. ko?

PeRmAtA bIrU said...

banyak kebaikan puasa nih... semoga kebaikan ini bukan sekadar di bulan Ramadhan... harap ia teruslah menjadi amalan..:)

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support