learn wisdom by reflection, imitation and experience

Prinsip Berdiet...

Assalamualaikum...
 
Teruknya alif hari ni sebab tertido selepas maghrib hinggalah ke jam 11 malam. Hari ni agak penat sikit sebab alif berkejar-kejar ke Pusat Kesihatan Universiti untuk hadir temujanji gigi. Kelas pula padat sampai jam 6 petang membuatan alif rushing kesana sini... Alif ingatkan temujanji hari ni sekadar nak check2 gigi je, rupa-rupanya habis semua gigi alif diproses oleh dentist tuh... Adoi... hingga saat ni masih terasa lagi NYILU kesan dari scalling gigi... Tapi sekarang gigi alif dah cantik dan bersih...hehehe...



Sebenarnya alif bukan nak cerite pasal gigi alif tau... tapi alif nak share sikit tentang ilmu yang alif belajar kat sini. Simple je topik kali ni, iaitu prisip dalam berdiet. Maklumlah, alif lihat rata-rata rakyat Malaysia hari ni kurang ambil berat tentang tahap kesihatan pemakanan mereka. Jadi alif terpanggil untuk menyeru semua warga blog untuk ambil kisah sket pasal pemakanan masing-masing melalui amalan diet yang baik... 

Jom kite sama-sama baca ni...

Pernah tak kite fikir kenape kite perlu makan?? Ape fungsi makanan yang kite makan? Adakah ia sekadar untuk memenuhi tuntutan nafsu makan anda?? atau sekadar melepaskan niat atau keinginan yang terpendam terhadap sesuatu masakan?? atau sekadar suke-suke je untuk makan tanpa tujuan?? pernah tak terfikir bahawa setiap makanan yang kita ambil tu sebenarnya mempunyai peranan yang sangat besar dalam sistem tubuh badan kite, walaupun makanan tu hanya sebesar sebiji kismis???... (dah macam cikgu dah)

Oraite, alif taknak sembang panjang, sebab tahu sangat bukannye ade orang nak baca pun entry yang panjang-panjang ni kan...hehehe...

Straight to da point, dalam merancang sesuatu diet, kite perlu melihat beberapa faktor yang penting dalam pemilihan makanan yang bakal masuk ke dalam sistem pencernaan kita. Faktor pemilihan makanan ini dapat membantu tubuh badan kita dalam mencapai tahap kesihatan yang optimum. Jom kite lihat faktor-fakto tersebut!!

  • Faktor Pertama : Adequacy ape benda tu???
Dalam bahasa mudah, makanan yang kite nak makan tu (based on diet planning) perlulah mempunyai kandungan nutrien dan tenaga yang mencukupi untuk keperluan badan seseorang. Sebagai contoh mudah ialah pengambilan zat besi yang mencukupi bagi mengelak berlakunya kekurangan zat besi dalam badan yang akhirnya boleh menyebabkan penyakit seperti anemia, kepenatan (capek....) dan sakit kepala.

  • Faktor Kedua: Balance ape kejadah plak nih??
'Balance' atau dalam bahasa melayunya ialah seimbang. Rancangan diet yang baik ialah menerusi pengambilan makanan (diet) dalam kuantiti yang seimbang. Sebagai contoh mudah, daging dan ikan mempunyai kandungan zat besi yang tinggi tetapi mempunyai kandungan kalsium yang sedikit. Hal ini bertentangan dengan susu dan produk tenusu yang kaya dengan kalsium tetapi miskin dengan zat besi (hehehe..). Jadi, pengambilan daging  dan hasil tenusu perlulah seimbang bagi mencapai objektif diet yang diidamkan.

  • Faktor Ketiga: kCalories Control yang ni kene research sket...huhu..
Bahasa mudahnya macam ni lah.... makanan yang kita makan tu sebenarnya bertujuan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kan???? jadi, diet yang diambil sepatutnya sama dengan tenaga yang dikeluarkan oleh badan. Kalau makan banyak sangat tapi tenaga yang keluar ciput je tak jadi jugak sebab ia boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan (obesity). Kalau makan sikit tapi tenaga yang keluar banyak pun tak jadi jugak sebab ia akan menyebabkan penurunan berat badan yang boleh menyebabkan aneroxia. Macamane nak tahu jumlah tenaga yang kite gune ye??? hum... yang ni kene buat research sikit lah ye...hehehe...

  • Faktor Keempat: Nutrient Densiti bukan dentist ye....(tibe-tibe teringat kat dentist tamil yang tadi)
Yang ni susah sket nak jelaskan sebab ia agak spesifik. Ok lah camni, anggap je sekarang ni anda sedang memilih untuk membeli satu produk susu. Produk pertama ialah jenama produk susu yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi (high-fat) biasanya untuk orang kurus yang nak gemuk. Dan produk yang kedua ialah  jenama produk susu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah (low-fat). Jadi, andalah yang berperanan untuk memilih samada anda nak jadi gemuk atau kurus...huhuhu... simple je kan???

p/s: harap dapat membantu anda dalam mengurus dan merancang diet anda..!!
Share:

5 komen:

Mat Le said...

Nice entry!! Visit my blog

nona fafa said...

hmmm..thanks for the info.. petua diet secara sihat.. ^_^
baru 1st time visit blog ni..
baru baby dlm dunia blog ni..

best blog ni..best mata memandang..nampak clean je..takde iklan2.. ^_^

Rtp Farra Arisha said...

hehe, no need to diet. have to keep maintain our health and body always, forever and ever..:) as long as jangan terlalu obesiti..or if not, have to take the pre-caution step to prevent from the high level of obesity before it's getting late..

anamizu said...

wow! alif bg tips..hehe
tp xyh diet sgtla =P






luv,
cik ana

3no gr33ny said...

info yang bgus ni..hamba xtau pon tntg ni

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support