learn wisdom by reflection, imitation and experience

Tazkirah Jumaat: Beberapa Amalan Sunat Pada Hari Jumaat



1. Mandi Sunat

(Dari Ibnu Umar ra.), Sabda baginda SAW yang bermaksud :
Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

2. Menghiaskan Diri

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
 “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.”
(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.


3. Merapikan Diri.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4. Membaca Surah Al-Kahfi
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
5. Perbanyakkan Doa
Sabda baginda yang bermaksud :
Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.”
(Riwayat Muslim).
6. Berselawat
Sabda baginda yang bermaksud :
Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”
Share:

4 komen:

3no gr33ny said...

owhh..patutlah ayahanda hamba suka sangat pakai baju melayu putih

ccicute said...

betul tu... tp ade juga sering lupa....

Siti Arfah said...

Perkongsian menarik. :)

Yasmin Aris said...

thanks sharing ! nak doodle gak . comel lah . hehe

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support