learn wisdom by reflection, imitation and experience

Orkid Ku Berbunga...




Study week hanya tinggal sehari saja lagi bermakna lusa alif akan sit untuk paper pertama untuk semester ni. Harini alif nak share cerita sikit....

Tadi alif terima berita dari adik yang berada jauh di Terengganu. Dia mengirimkan beberapa keping gambar bunga ORKID melalui WHATTSAPP. (sebenarnya alif ni dahulunya adalah penggiat seni tanaman orkid tau...huhuhuhu)

Bunga purple kat bawah ni sangat mengejutkan kerana pertama kali berbunga sejak beli pada tahun 2008. Orkid ni dari jenis VANDA, agak terkejut jugak lah alif sebab orkid ni adalah satu-satunya yang paling subur dalam koleksi orkid alif tapi tak berbunga. Mungkin terlalu subur kot... Tahun ni memang tahun keramat lah bagi orkid ni kan...hihihihi...




Sebenarnya alif ni memang cinta sangat pada tanaman nih. Masa kecik-kecik dulu alif selalu tanam sayur dengan arwah nenek kat tanah kosong tepi rumah. Bila dah pandai pegang cangkul dan mahir sikit ilmu tanaman ni, alif pun mula lah try and error segala jenis tanaman yang boleh ditanam... dari kelas tanaman berbuah, sayuran, hiasan, tanaman air...semualah!!!! hahahaha... dan yang paling teruja sekali ialah tanaman orkid ni lah. alif sanggup berhabisan ratusan ringgit jugak..dek kerana sepohon orkid nih...hihihi..


ini adalah antara orkid terawal yang alif tanam iaitu pada tahun 2007 (kalau tak silap). Orkid ni dari keluarga ONCIDIUM. Memang berbunga sepanjang tahun..jadi tak perlu risau nak jaga and baja.




Hohoho... yang ini antara orkid feveret alif tau... orkid dari jenis PHALAENOPSIS (nak sebut pun terjerat lidah). Agak cerewet jugaklah nak jaga orkid jenis ni sebab habitat orkid ni suka pada kelembapan. kalau kering je mesti die dahaga...hahahah!!!!.. Alif masih ingat yang alif beli orkid ni pada tahun 2007, masa tu poket tengah lebat...


Hah lawa kan??? memang menanam ni adalah hobi yang paling alif suka sebab selain dapat merawat luka di hati (perh....) ia juga memberi kepuasan kepada diri, nak-nak kalau pokok berbuah kan...kat belakang rumah alif tu dah banyak pokok buah yang alif tanam. Ade yang dah berbuah, ade yang masih nak membesar, ade yang masih tak besar-sebar jugak, dan ade jugak yang dah nak mati,

Ini je lah yang ade setakat ni... yang lain tak tahulah nasib macamane. Alif pun dah tinggal jauh merantau ni.. harapkan masa cuti ajelah nak bermanja-manja ngan pokok-pokok ni.. Tak sabar nak tunggu cuti semester kali ni, nak bersihkan halaman rumah...hahahaha..

Okeh...jom sambung study jom.... ^_^
Share:

1 komen:

3no gr33ny said...

serius rajin sahabat hamba seorang ni =)

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support