learn wisdom by reflection, imitation and experience

Mesin Jahit Lama

Assalamualaikum...

     Alif nak kongsi satu cerita. Saje duk tengah boring petang-petang ni. Nak baca buku pun dah letih otak ni, lagi pun esok exam paper yang senang (ceh berlagak!). Oraite, sebenarnya alif nak kongsi cerita pasal mesin jahit nih.


mesin jahit arwah ayah

     Mesin jahit ni dibeli oleh arwah ayah alif pada tahun 70-an. Bermakna umur mesin jahit ni dalam lingkungan 30 tahun lebih lah kan. Nak estimate umur yang tepat pun susah sebab tak tahu bila tarikh pengeluaran mesin jahit ni kan. Merujuk ibu alif, arwah ayah alif ni suka sangat mencuba benda-benda seni. Tak kira lah menjahit ke, memasak ke, bertukang ke, melukis ke...bak kata orang, semua benda arwah nak cuba buat. Memang macam tu ke sikap insan yang lahir bulan Oktober??? huhuhu..

     Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, alif ade ternampak kat satu kedai membaiki mesin jahit kat tempat alif. Dalam kedai tu maca-macam benda berkenaan dengan mesin jahit ade dijual. Tiba-tiba alif terpandang pada satu mesin jahit lama (yang pusing guna tangan tuh) kat bahagian rak pameran mesin jahit untuk dijual. Mesin jahit lama tu sangat cantik kerana telah diubahsuai dan di cat baru. Sangat terkejut sebab alif tak pernah lihat mesin jahit kaler macam tu (kaler Gold okeh...). Teringin nak beli (sebab alif ni minat gak barang-barang lama) tapi bila tengok harga yang nak cecah RM2000 tu, terus putus harapan...hehehe..

     pastu, minggu lepas (sempena cuti study week) alif bekesempatan bercuti di kampung dan tak tahu macammane tiba-tiba alif teringat kat mesin jahit GOLD yang kat kedai tu dan teringin nak ubah mesin jahit arwah ayah alif tu. Selepas itu, jadi lah mesin jahit arwah ayah alif tu macam nih... tadaaaa...!!!!!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


penampilan baru yang segak


     Ha.... cantik tak kaler tuh..???? agak-agak kalau jual ade ke yang mampu beli dengan harga RM2000 jugak??? hehehe... Terima kasih kat kekanda alif sebab sudi tolong alif untuk sembur cat pada mesin ni. Nak harapkan alif memang comot lah hasilnya..haha! Sebenarnya, alif pun berbakat jugak dalam jahitan ni cuma belum tiba waktu untuk kembangkan potensi ni. Bak kata orang, mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi nya kan... Like father like son..hahaha...

     Memangdangkan mesin ni sudahpun di cat baru, maka semua corak-coraknya pun telah hilang (bagus gak hilang sebab corak asal mesin singer ni ade lambang FIRAUN ala-ala unsur freemason kan..haha..) Sekarang ni alif tengah berusaha untuk mencari pembekal yang menjual stiker/decal bunga mesin jahit ni. Tuptup terjumpa lah satu website ni....


Website ni ade jual stiker bunga mesin jahit lama. hum... nek kene tunggu ade kredit card lah untuk beli benda alah ni menerusi perkhidmatan ebay. Tak apalah, tunggu lah satu masa nanti alif akan cuba dapatkan stiker ni..


 




yang mana satu cantik ye..???

Share:

4 komen:

meisnani said...

hai aliff.. yg mesin jahit arwah ayah awk tu bukan pakai tgn kan ?

pakai kaki kan.. kene tekan2 kt bwah kan ?

alif ismail said...

@meisnani ha ah..mesin yang guna kaki tu..silap2 haribulan terseliuh kaki..hahaha..!!!

Remy hazza said...

rumah maklong remy ada lagi mesin nie.... cukup mantap.....

Nurul Syahirah Badrul Zaman said...

kat rumah saya ada. nenek punya. alhamdulillah elok lagi tak rosak nenek guna sampai sekarang menjahit .

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support