learn wisdom by reflection, imitation and experience

Mengimbau Kenangan Hanset

Assalamualaikum...

Bulan-bulan puasa ni sibuk sungguh dengan aktiviti kehidupan baik dari segi rohani mahupun jasmani. Hum, tengah melayan kenangan tiba-tiba teringin nak buat entri berkenaan hanset yang pernah alif guna dalam kehidupan di dunia yang fana ini...fuh...



 Motorola c300 kat atas ni adalah hanset paling pertama pernah wujud dalam kamus kehidupan alif. Alif beli hanset ni masa lepas SPM. Kumpul duit sikit-sikit dan terus beli kat Pertama Complexs, KL. Masa ni, hanset ni adalah antara yang terkecil dan muat-muat je dalam genggaman tangan alif yang comey lotey ni. Berialah duk calling-calling dan texting-texting orang kampung time ni..hahahah..

***************************



Nokia 8310 yang kat atas ni lak adalah hanset kedua yang pernah alif ade. Masa beli hanset ni harga die agak mahal jugak. Jodoh dengan hanset ni tak panjang...(kene curik...uwaaa....) - nasib baik casing original masih alif simpan sampai sekarang dan teringin nak cari hanset macam ni kat kedai kalau ade.

***************************



Lepas hanset mahal tu kene curi, masih tak serik-serik lagi alif pun beli lah satu lagi Nokia model kat atas ni. kami panggil nokia telur sebab bentuk die bujur macam telur. Hanset ni lama gak alif pakai, bertahun-tahun sebab tahan lasak walaupun lebih 100 kali jatuh katil..hahahah...

***************************


Lama lepas tu.... ade duit hasil kerja sikit-sikit, alif pun trade-in dengan hanset butterfly ni. Hanset ni dah lama keluar cuma alif berkenan sebab bentuknya kecil dan mudah nak letak dalam poket seluar. Model ni pun alif pakai bertahun jugak lah..

***************************


Okeh... zaman hanset hitam putih dah berakhir. Ini pula hanset Kaler pertama yang alif beli (dulu keje simpan duit semata-mata nak beli hanset...hahahah!!!!!) Hanset ni best sebab boleh snap gambar dan boleh tukar-tukar kertas yang kat dalam sarung plastik die tu. Bentuk die yang slim tu membuatkan alif jatuh cinta...huahuahua....

***************************



ni hanset zaman Politeknik dulu. Kecanggihan teknologi masa tu cepat je berkembang. Dalam hanset pun bole main game bah!!! hanset ni jenama Nokia Ngage. Antara yang femes dan jadi tumpuan jugak lah time tu...hehehe... (kawan nak pinjam tak kasi sebab kedekut)

***************************

Semakin hari semakin banyak hanset yang cantik dan high quality graphic yang produced. Dari jenama Nokia, alif beralih ke jenama Sony Ericsson (sekarang tak wujud dah jenema ni).Hanset ni kakak alif yang bagi kat alif sebagai hadiah. memang cantik yang teramat kualiti gambar dan kelebihan fungsi kamera die memang bomb masa tu.. Hanset ni menyimpan banyak gile kenangan suka dan duka dan alif masih simpan jasad hanset ni sampai sekarang.

***************************


Selepas beberapa tahun, alif kembali dengan brand Nokia yang gempak ni. Nokia Xpress music. Fuh, ini adalah hanset touch screen pertama yang alif ade. Fungsinya memang menakjubkan dan menggiurkan mata-mata yang memandang. Memang terasa smart sgt bila guna hanset ni..Ade cerita disebalik pembelian hanset ni. Biarlah alif sorang je yang tahu...huhuhu... 

***************************


Ni hanset ke berapa dah??? Ok, sebenarnya hanset ni ali beli sebab tertekan dengan hanset Xpress music tu. Alif jadikan hanset ni sebagai hanset kedua alif. Time ni alif guna 2 nombor. alif asingkan nombor untuk tujuan peribadi dan untuk tujuan kerja. Hanset ni memang sempoi dan ringkas. Agak tahan lasak jugak lah brand nokia ni... hehehe...

***************************

Selang beberapa tahun, hanset Xpress music alif rosak dan dibaiki. Lepas je repair, cepat-cepat alif trade-in dengan Sony Ericsson Vivaz ni. Hanset ni memang power giler bab grafik. HD tur....!!!!!!!. Hum, alif pakai hanset ni tak lama. alif jual kat kakak alif...hahahah!!

***************************



Dari Nokia ke Sony ericsson....dari sony ericsson ke nokia... tunggang terbalik. Selepas dah jemu dengan kedua-dua brand tur, alif mula berminat dengan Samsung lak dah. Samsung Corby ni alif ambik dari kakak alif. Masa tu alif xde hanset sebab baru lepas jual VIVAZ tadi kan...heheheh... Nasibaik lah kakak alif yang satu lagi ni rela hati bagi kat alif hanset ni sebab katanya, susah nak guna corby ni, betul ke??? tak lah.

***************************



Dari sekecik hanset hingga ke kedabak tablet, akhir sekali yang terbaru sampai sekarang di genggaman alif ialah Samsung Tab 7.7 yang alif miliki sejak tahun 2011. Memang puas hati lah pakai benda alah ni. . semua fungsi ade dalam tab ni, cakap je nak calling2, texting2, chatting2, googling2???? semua bole....Senang urusan alif... syukur alhamdulillah...


Okeh, dah pukul 4.49 am. Jom sahur jom....




Share:

1 komen:

Remy hazza said...

untung ler alif...byk dah koleksi tu......

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support