learn wisdom by reflection, imitation and experience

Karbohidrat Kompleks










     Tahukah anda bahawa tubuh badan kita sebenarnya lebih memerlukan karbohidrat (gula) berbanding nutrisi makanan yang lain? Ini tidak bermakna bahawa kita perlu mengabaikan nutrisi lain selain dari karbohidrat. Kepentingan karbohidrat sangat besar kepada fungsi tubuh badan kita terutamanya bagi fungsi otak untuk menjalankan rutin hariannya.

     Dengan memastikan bahawa makanan harian yang kita ambil adalah terdiri daripada 45 hingga 65 peratus karbohidrat, ia sudah cukup untuk memberikan keperluan tenaga yang optimum  kepada tubuh kita. Namun, tidak semua makanan yang mengandungi karbohidrat itu memiliki kebaikan kepada tubuh kita. berdasarkan panduan pemakanan, (the 2010 dietary for Americans recommends) hanya makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks sahaja merupakan sumber karbohidrat yang paling baik untuk fungsi tubuh kita.

Jika anda bertanya apakah kebaikan karbohidrat kompleks, ia sememangnya sangat baik untuk tubuh badan kita kerana:

1. Karbohidrat kompleks merupakan makanan yang mengandungi "glycemic index (GI)" yang sangat rendah berbanding karbohidrat lain.  GI merupakan ciri-ciri makanan yang boleh menyumbang kepada peningkatan kandungan paras gula dengan cepat dalam darah (blood glucose). Kehadiran kandungan gula dalam darah yang melepasi had yang sepatutnya menunjukan anda bakal menghidapi penyakit diabetes. Ini bermakna, semakin rendah GI sesuatu makanan, semakin baik untuk tubuh kita.

2. Makanan yang mengandungi peratusan karbohidrat kompleks yang tinggi sangat bagus bagi mereka yang sedang dalam proses menurunkan berat badan kerana karbohidrat kompleks mengambil masa untuk dicerna dan keadaan ini membuatkan seseorang itu terasa kenyang dengan lebih lama. Situasi ini juga membantu tubuh untuk mendapatkan tenaga (glucose) secara berterusan kesan daripada proses penyerapan gula yang perlahan dan teratur. Kandungan fiber yang tinggi juga mampu menyerap lemak dalam badan untuk disingkirkan.

3. Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks tidak hanya memberi kita tenaga semata-mata, malah ia menandungi nutrirsi lain yang sangat penting seperti fiber, vitamin dan minarel yang tidak dimiliki oleh makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas. Karbohidrat ringkas hanya mampu memberikan anda keperluan tenaga dalam bentuk gula sahaja. 

4. Antara kebaikan lain adalah, pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks mampu membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, sakit jantung, kanser, penyakit berkaitan dengan sistem pencernaan sekali gus ianya dapat membantu tubuh untuk kekal sihat sepanjang masa.


Sumber makanan karbohidrat kompleks yang sihat
Makanan yang tidak menjalani pemprosesan seperti ubi kentang, beras merah, tepung rye, kacang peas, bijirin seperti barli, oats dan jagung. (namun ada juga makanan siap diproses yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti pasta dan empingan bijirin penuh)

Sumber makanan karbohidrat yang tidak sihat:
Makanan yang telah menjalani pemprosesan dan pengubahsuaian seperti roti putih, biskut, kek, manisan, minuman bergas dan lain-lain yang mengandungi gula ringkas (simple carbohidrates) yang mudah diserap oleh tubuh sekaligus dapat meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat.


Kesimpulannya, kita seharusnya bijak dalam memilih makanan yang dapat memberikan kesan kebaikan yang optimum. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang yang berisiko untuk mendapat penyakit diabetes, elak memakan makanan yang mengandungi terlalu tinggi kandungan gula ringkas (glucose) yang boleh menaikan paras gula anda. Sebolehnya, pilihlah produk makanan yang tertera kandungan karbohidrat kompleks pada bungkusannya

Share:

0 komen:

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support