learn wisdom by reflection, imitation and experience

Buah Cantik yang MASAM

Assalamualaikum 




Tengah-tengah lapar ni bukak peti sejuk kat rumah abang, terjumpa benda alah yang masam kat atas tuh. Agaknya dah berapa minggu terperap takde orang nak makan...

Ape khasiat buah dari negeri Uncle Sam ni..??? let's check it out...

Sebagai Anti-kanser 
Mengandungi kandungan anti-oksidan yang sangat tinggi  sekaligus membantu mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas (sejenis bahan kimia bersifat menyerang sel sihat) dalam tubuh kita. 

Menghilangkan jerawat
Vitamin C, Alpha Hydroxy Acids ( AHA ), asam salisilat dan flavonoid dalam buah strawberry membantu dalam membersihkan jerawat dan mengawal minyak berlebih.
 
Mempertajamkan daya ingatan serta kesihatan mental.
Memiliki kesan anti - anemia, folate yang terdapat dalam buah strawberry juga membantu meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kemampuan otak untuk memproses maklumat.

Menjaga kesihatan pencernaan.
Kandungan vitamin C yang tinggi (sebab tu ia masam) membantu merangsang pengeluaran air liur (saliva) sekaligus meningkatkan proses pencernaan. Selain itu, serat yang terkandung dalam strawberry sangat berkesan untuk mengurangi sembelit dan membersihkan usus besar. 
 
Menenangkan hati.
Bahan kimia serotonin yang terkandung dalam buah ini juga dapat memberi keredaan dan ketenangan hati sekaligus membantu kesihatan hati.
 
Kesihatan  Jantung.
Anti - oksidan dalam buah strawberry merupakan kombinasi vitamin C dan anthocyanidins, dapat membantu melindungi arteri dari kerosakan, serta mencegah pembentukan bekuan darah dalam pembuluh darah.

Menjaga kesihatan kulit.
Vitamin C dan antioksidan mampu mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas pada kulit dan tubuh.
  
Menurunkan  Kolesterol.
Strawberry kaya akan phytochemical - nutrisi yang berperanan untuk mencegah dari belbagai penyakit. Ia juga terbukti mampu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dengan mengelak dari berlakunya pengoksidaan terhadap low density lipo - protein ( LDL ) - sila rujuk buku.


P/s: hah ape lagi...jom rembah buah masam nih... kihkihkih...
Share:

6 komen:

Cik Puan Rara said...

huaaaa mmg masam gila.adoiii xtahan mkn.kalo yg murah kt tesco tu lg masam.

Marou Apple Hijau said...

sedapnya si buah strawberi

Mek Onie said...

jom p cameron,haha

alif ismail said...

@Cik Puan Rara dorang kate kalau nak manis kene celop cokelet...huhu

alif ismail said...

@Marou Apple Hijau sedap kan, tapi betik dan manggis lagi sedp..hikhik

alif ismail said...

@Mek Onie jom3...hahaha...

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support