learn wisdom by reflection, imitation and experience

Salam Aidilfitri 2015


Assalamualaikum..

Allahuakhbar... pejam celik pejam celik tak terasa waktu.. Rupanya dah hampir 8 bulan ye alif tak menjenguh blog ni. Maklumlah, terlalu sibuk dengan jadual study. Alhamdulillah alif telah pun tamat menghabiskan pengajian selama 4 tahun di UPM. 

Rasanya masih belum terlambat untuk alif ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh kenalan dan warga blogger. Maafkan segala salah silap alif selama ni mungkin ada tercuit perasaan dan hati. sesungguhnya manusia itu walaupun kejadiannya sangat sempurna di sisi Allah SWT, namun kerana sifatnya yang lemah, maka kita selalu terjerumus melakukan dosa dan maksiat... nauzubillah.. mohon maaf ye semua.

Aidilfitri 2015 kali ini telah disambut secara sangat sederhana kerana tidak ramai yang ada di rumah pada hari raya pertama. Walaupun hampir separuh adik beradik tiada, namun kemeriahannya masih dapat diraikan bersama keluarga tersayang. Apa yang berbezanya pada tahun ini adalah, kebanjiran tetamu yang datang beraya... Alhamdulillah, tetamu itu rezeki, memang tahun ini ramai yang datang sehinggakan alif sendiri kepenatan untuk melayan, baik kerja di dapur mahupun di ruang tamu. Tetapi, itu semua bukanlah satu keluhan, apa yang pasti itu adalah satu rahmat yang diberikan untuk dirasai pada tahun ini... alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah....


Share:

0 komen:

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support