learn wisdom by reflection, imitation and experience

Mungkin Kerana Kematangan




Assalamualaikum.

owh.... macam tak percaya bahawa dah setahun lebih kot tak menjengah blog yang dulunya meriah sangat dengan kenalan blogger, post-post yang menarik, saling bertukar pandangan dan bual bicara. Walaupun saling tak mengenali namun rasanya kami bagaikan adik beradik disini. Kini yang tinggal hanya sekeping wadah blog yang usang tiada pengunjung... mungkin zaman sekarang dah tak sama peranan arus sosialnya jika dibandingkan zaman 5 atau 6 tahun lepas. Masa tu instagram, twitter dan facebook pun baru nak up kan... jadi tak hairanlah jika zaman yang serba moden dan sibuk ni sangat memerlukan medium sosial yang laju dan updated. Bukan lah nak kata Blogspot ni "LEM" mcm siput tapi masing-masing ade kelebihan dan kekurangan kan... setuju tak...heheheh....


2016 pun dah sampai ke penghujungnya...tinggal sebulan lebih je lagi untuk masuk ke tahun baru 2017. seiring dengan usia yang meningkat ni lah kan... tak tahu lah kenapa seminggu dua ni otak ni duk fikir pasal ekonomi dan politik... hummmm.... mungkin sebab faktor kematangan kot nah...hahahah... tapi itu lah hakikatnya bilamana kita termasuk dalam golongan orang yang bekerjaya... keadaan sekeliling lah memainkan peranan penting kepada corak pemikiran kita. Seterusnya bakal membentuk tindakan dan hala tuju kita. Hum... ye lah kan... alif rasa diri ni lambat sikit nak matang berbanding orang lain... takpe,,, ade masa lagi untuk kejar semua ni. Yang pernting kita jangan ketinggalan begitu jauh ya..!!!



Alif pun dah genap setahun bekerja... 3 bulan kerja di Fakulti Perubatan UPM dan 9 bulan bekerja di Kementerian Kesihatan. banyak juga pengalaman yang telah dikutip dan diterjemahkan dalam bahasa kepada intipati diri agar segalanya dijadikan pedoman dan rujukan, Sesuailah dengan slogan yang alif letak kat HEADER tu kan...heheheh... Itulah, masih banyak kelemahan dalam diri yang perlu ditambah baik. Kita seringkali nampak kelebihan dan kekurangan orang lain namun kita gagal untuk cerminkan diri sendiri. Sebab itu lah alif cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik seadanya. Biarlah kita belajar secara semulajadi melalui pengalaman dan cerapan kita daripada memaksa diri menjadi hipokrit lalu berfikir dan bertindak mengikut citarasa sendiri yang kadangkala diluar batas dan tidak matang. Bukanlah kesempurnaan yang ingin dicari tetapi sekadar mengelak dari melakukan kesilapan yang akhirnya menjadi bahan jajaan dan tohmahan sekeliling. Kata kunci yang sangat penting disini ialah kita perlu ada deria "SENSITIVITI" kepada persekitaran kita dan kita perlu mengadaptasi diri kita pada sekeliling agar diri kita boleh diterima dengan baik.

Panjang pula celoteh hari ni...sekadar berkongsi rasa je... tak semestinya ape yang alif tulis ni semuanya betul dan perlu diikuti. Ianya hanya sekadar bingkisan pendapat yang lahir dari benak fikiran untuk dikongsi kepada mereka yang mungkin sependapat dengannya..

Salam Wasilah...


Share:

0 komen:

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support