learn wisdom by reflection, imitation and experience

Gali Ubi Kayu

Assalamualaikum..

Awak penah ke makan ubi kayu? Ala...ubi kayu yang orang biasanya buat tapai tu... Ade jugak yang buat tapai goreng... sebut je pun terus kecur air liur ni.. tapi, kalau direbus camtu je pun sedap jugak. Nak nak kalau dimakan bersama kelapa parut dan ikan kering atau dihidang dengan sambal bilis... pehhhh...


Ha.. nampak tak ubi kayu dalam gambar kat atas tu... ☝☝☝ itu adalah ubi kayu yang alif sendiri gali tau. Bukan satu keje yang senang. Ade teknik tertentu untuk pastikan ubi yang di gali tu agar tak patah atau pecah. Pecah sikit sikit tu adat lah.. hahaha...😂😂😂. Entri kali ni alif nak kongsi tips dan teknik gali ubi yang alif praktikan.

TEKNIK YANG BETUL.

Ok... teknik mudah yang alif maksudkan tu tak lah rumit mane pun sebenarnya. Cuma perlukan kesabaran dan ketelitian.

1. Mula-mula bersihkan dulu kawasan sekitar pokok ubi tu. Cabut dulu rumput atau pokok-pokok liar supaya keje menggali akan jadi senang.

2. Cangkul sikit-sikit tanah kat pangkal batang ubi untuk senang nak tengok arah akar. Sebab ubi akan berada selari dengan arah akar.

3. Bila dah jumpa arah akar tu, cuba korek sikit dengan cangkul. Jangan gelojoh sangat sebab takut tercangkul ubi. Biasanya ubi yang pertama kita nampak tu ialah ubi yang tua. Kalau nak rebus ubi tua ni agak keras sikit sebab banyak serat akar. Ubi yang muda dan sedap bila direbus biasanya berada di hujung-hujung akar.. maknaya anda kene korek lagi lah ke dalam tanah selepas selesai keluarkan ubi yang pertama tu...hehe..

4. Okeh...bila dah jumpa kedudukan ubi, kita biasanya dah boleh agak dah arah ubi tu. Disinilah pentingnya kita membuat anggaran saiz ubi tu dan seterusnya buat satu bulatan yang agak besar sikit dari saiz yang kita anggar tu. Garisan tu adalah kawasan yang perlu kita gali...gali...gali...

5. Teruskan gali menuju ke arah ubi. Tapi jangan lah hentam cangkul tu kuat sangat.

6. Bila permukaan ubi dah banyak kelihatan, gunakan tangan anda (guna sarung tangan yang tebal sikit) untuk buang tanah-tanah yang ade di sekitar ubi tu. Perlahan-lahan korek dan bersihkan sekitar ubi yang dah terdedah tu.

7. Di peringkat ni keje-keje akan lebih mudah sebab awak secara automatik akan tahu arah mana untuk teruskan proses mencangkul.




8. Lihat gambar kat atas tu mungkin abang dan kakak boleh faham kot. Hehe.. nasib baik ade anak buah yang gagah perkasa datang tolong pinjamkan tangan walaupun ubinya telah kantoi pecah. 😁😁😁😁

9. Ha... senang je kan.. pecah seribu jugak lah air peluh jantan ni semata mata nak keluarkan sebiji ubi yang sebesar kepala lutut ni... Ubi kayu telah selesai dikeluarkan dan ready untuk dibersihkan dan boleh lah direbus. Boleh tambah garam dan gula sikit ye waktu nak rebus tu. Pastikan paras air sama dengan ubi. Rebuslah sampai empuk. 😊



GUNA BERUS GIGI.

Sikit tips nak bagi sini... semasa mengupas kulit ubi kayu tu, buang lapisan luar dan lapisan yang warna pink tu hingga habis. Lapisan yang tinggal sepatutnya hanya berwarna putih. 

Selesai dibuang kulit, selalunya akan ade sisa tanah yang melekat kat celah celah ubi kayu tu. Kalau nak cuci guna jari je memang rumit sikit. Jadi.... gunalah berus gigi (khas untuk kegunaan dapur sahaja) atau berus seumpamanya untuk tanggalkan sisa tanah tersebut. Sental laju laju di bawah pili air yang mengalir ye. Nah... barulah ubi kayu awak akan jadi seputih seperti dalam gambar kat atas tu..hehe..

KHASIAT UBI KAYU.

Ubi kayu ni sangat tinggi nilai kanji dan karbohidrat. Ia membekalkan tenaga yang berpanjangan dan kerana itulah orang dulu dulu akan makan ubi kayu bagi menggantikan nasi (kes kehabisan beras). Memang terbukti kenyang dan tahan lapar (feeling of fullness) 😁. Alif terpaksa skip makan tengahari sebab terlalu kenyang bersarapan ubi kayu tau..haha...

Memandangkan komposisinya yang kaya dengan serat, ubi kayu mampu mengawal tekanan darah tinggi dan kolesterol. Selain tu, ia juga dapat membantu melancarkan perjalanan darah dan sistem penghadaman. Paling mustahak ia sekaligus dapat memantapkan metabolisma tubuh badan.

Bagi mereka yang berhasrat untuk menambah berat badan, bolehlah beralih kepada ubi kayu. Makanlah ubi kayu sekerap mungkin (3 @ 4 kali sehari). Ini kerana kandungan tenaganya yang tinggi mampu untuk menggemukan anda.

Sekian.. belanja sikit... Bismillah 🤗🤗


Jemput makan...😚

Share:

0 komen:

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support