learn wisdom by reflection, imitation and experience

Kacang Botol

20170304_114813
Assalamualaikum w.w
Sape-sape yang tak penah tengok tapi penah dengar "kacang botol" tu, meh sini alif nak share sikit info yang alif dapat pasal benda ni.
Kacang botol ataupun dalam bahasa inggerisnya 'winged bean' atau nak canggih lagi ialah nama saintifiknya Psophocarpus tetragolobus ni ialah sejenis tumbuhan menjalar yang sangat sukakan iklim tropika macam kat Malaysia ni.. jadi tak heran lah kalau awak campak biji kacang botol kat tepi rumah pun dia akan tumbuh dengan subur. Tak bagi baja pun takpe sebab pencahayaan dan keadaan lembab panas Malaysia ni memang sangat sesuai lah untuk kacang botol ni berkembang maju dan mekar.
Ha..gamba kat bawah ni ialah pokok kacang botol yang alif tanam sendiri kat pagar tepi dapur... main campak je biji benih die. Tup tup tumbuh sesegar macam tu. Berbuah sepanjang musim plak tu. Setiap hari alif akan buat ulam je makan ngan nasi. Kalau kebetulan ade sambal belacan atau budu time tu, cicah aje lah..haha.. tapi biasanya alif akan makan macam tu je sebab rasa die macam sedap je tanpa budu atau sambal... rangup ngap ngap plak tu..
img_20170219_104229_781
Selain nama kacang botol, nama lainnya yang femes ialah seperti kacang botor atau kacang kelisa. Itu je nama yang alif sering dengar.. selain dari tu mungkin ade lagi kot... kalau ade, cer komen sket kat bawah ni ye..hehe
Nak sihat maka makanlah kacang botol...😉
Kacang botol ni banyak khasiatnya. Selain mudah tumbuh dan boleh ditanam secara organik sebab pokok ni tak perlu racun bagai dan sangat senang dijaga. Tersangat lah kebal kan..??? Khasiat protein die dikatakan lebih tinggi dari kacang soya tau.. jadi pasni boleh lah kisar biji kacang botol buat air eh...kihkihkih...😂😂
Kandungan folate dan vitamin B kompleks pun tinggi tau dalam kacang botol ni. Kedua-dua nutrien ni sangat lah penting bagi proses sintesis DNA dalam sel badan kita. Selain tu, sejenis antioksida yang femes iaitu vitamin C pun boleh dikatakan tinggi dalam kacang botol ni. Ha.. tak perlu pun telan pil vitamin C, pegi petik je kacang botol kat luar dapur then terus je ratah ratah... baru lah awet muda...dan yang paling penting, imunisasi tubuh pun semakin kebal....sekebal pohonnya!! 😁😁😁😁
Daun die pun boleh dimakan!!!
Kalau nak tau, daun pokok kacang ni pun boleh dimakan tau dan banyak juga khasiat die rupanya.. alif sendiri penah cuba goreng lepas terbaca dalam satu website ni yang mengatakan daunnya boleh dimakan.. memang sedap tau. Alif goreng simple je... tumis bawang putih ngan sos tiram. Rasa die macam bayam goreng... first time alif cuba 😉 pasni nak goreng lagi lah... tapi jangan lah duk pegi amik daun yang tua. Pilih lah daun-pucuk atau separa pucuk. Tak payah berkejar-kejar ke pasar untuk beli sayur kalau time terdesak. Pegi je ragut daun kacang botol, basuh-basuh then terus campak dalam kuali..fuh...sedap lagi menjimatkan...Alhamdulillah...
Sape-sape yang nak benih pokok kacang botol yang fresh boleh pm alif. Alif nak bagi free je. Cepat...cepat...😚😚
Share:

0 komen:

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support