learn wisdom by reflection, imitation and experience

Kitar Semula

Bismillah...

Al kisah petang tadi tengah sibuk sibuk mengemas laman rumah yang dah kira lama benar tak terurus, lalang setinggi lutut, pokok renek liar semakin meliar tetiba mata terpandang pada satu sudut pagar...



Sedih betul... itu lah polybags dan medium tanaman yang diberi percuma oleh 'orang pertanian'. Sebenarnya benda ni dah lama dah dapat cuma takde orang nak usahakan. Itu pun mak alif cuba-cuba jugak buat menanam dalam 8 polibeg...lepas tu stop macam tu je. Almaklumlah warga emas kan... camne sangatlah kudrat die.. takpe..😊 

JANGAN BAZIR BENDA PERCUMA

So nak jadikan cerita.... alif pun pegi lah kutip semua medium tanaman tu walaupun plastiknya dah nak reput. Ye lah, macam serabut je duduk parking kat tengah laman rumah macam tu. Terniat jugak nak aktifkan balik skill menanam sayuran ni. Aishhhh... bila di fikir balik kan, sayang jugak kalau tak gunakan benda-benda free ni kan. Kalau nak beli pun makan duit ratus jugak ni.

Ye lah... pakej tanaman free yang diterima oleh 'orang pertanian' ni merangkumi berguni-guni medium tanaman (serat kelapa dan sekam) baja subur, polybags dan 4 jenis biji benih iaitu kacang bendi, terung, cili merah dan satu lagi alif lupa dah.. hehe..😁😁😁


KITAR SEMULA

Ha... nampak tak alif dah siap susun dah semua set tanaman recycle ni.. dah macam ready dah untuk mulakan aktiviti menanam sayur disitu...😁😁😁 Nampak gaya pasni kene study sikit-sikit pasal tanaman sayuran plak.. takkan nak main hentam je kan... 

Ok...esok kita sambung lagi..😚😚

Share:

0 komen:

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support