learn wisdom by reflection, imitation and experience

Lokan

Bismillah....

Alhamdulillah harini rezki dapat lokan hasil tangkapan pak long Husin yang datang jauh nun dari Ajil. Huh...bukan senang pak long nak datang sini. Kali ni pak long datang sambil-sambil memburu hasil tangkapan persisiran laut iaitu Lokan.


POKOK NIPAH ADALAH RAHSIANYA.

Banyak juga hasil tangkapan beliau pagi tadi.. ha... Lokan (polymesoda expansa) ni merupakan spesis moluska yang banyak hidup di persisiran lumpur pantai. Haiwan ni ade dua cengkerang yang kedap. Kulit nya sangat menggerutu tapi isinya sangat lah licin dan putih. Menurut pak long, nak cari lokan ni sangat senang. Petuanya ialah kene cari pokok nipah yang hidup kat persisir laut tu. Ini kerana lokan ni sangat banyak hidup berdekatan dengan pokok nipah...ha.. itu lah serba sedikit petua yang pak long bagi tadi.. hehe..

KEPELBAGAIAN MASAKAN

Lokan ni boleh dimasak dengan pelbagai cara tau. Ia boleh direbus, digoreng mahupun dibakar. Kali ni alif pilih untuk bakar kosong je. Sebab sebelum ni alif penah rebus letak serai.. tersangat lah sedap.. nak nak kalau lokan tu fresh kan.. lagi lah sedap. Satu tips lagi ialah, kalau nak simpan lokan ni dua atau tiga hari kat dapur tu supaya fresh ialah dengan membiarkan saja lokan tu kat dalam besin atau bekas terbuka. Jangan sesekali basuh atau terkena mahupun terendam dengan air pili darat tau. Itu boleh membunuh lokan tu sebenarnya...😁😁



PENYEDIAAN TEMPAT.

Ha...tu alif dah ready dah tempat bakar. Alif bakar kat belakang rumah je.. kebetulan ade pokok rambutan, memang elok sangat lah guna kayu ranting rambutan buat kayu api.. selain senang dan tahan dibakar, kayu rambutan ni mengeluarkan aroma smoky yang mendamaikan dan menyelerakan...


Marak betul api dari ranting kayu rambutan ni. Ditambah pulak dengan tempurung kelapa.. fuh... memang oldskul betul lah..haha.. seronok...seronok...😂😂


Sediakan redai besi atau kalau ade kawat yang tak guna tu belasah je..hehe.. susun je lokan tu time api tengah marak. Jangan tunggu jadi bara ye sebab nanti lambat pulak lokan tu nak masak. Lokan yang hampir masak biasenya akan terbuka cengkerangnya secara automatik dan akan mengeluarkan air yang banyak. Kalau rajin kan, keluarkan air yang sedang membuak-buak dengan banyak tu ke tepi dan jangan bagi air tu jatuh ke atas api sebab nanti api pada kayu tu terpadam. Jenuh nanti nak hidupkan semula api tu..huhu..😉😉


Okeh... bila dah nampak lokan tu mengering, alih-alihkan atau terbalikan ia supaya masak betul-betul. Kalau nak bagi garing sikit pun sodap macam dalam gambar tu alif biarkan lokan tu lama-lama atas api sebab nak bagi kering sikit. Rasa die pun jadi 'rich'. Jangan di tabur garam plak ye sebab lokan ni memang semulajadinya masin. Elok-elok je rasa garam die tu. Kalau nak kelainan sikit boleh juga dicicah dengan sos. Alif suka makan camtu je...fresh dan original.. 

AWAS PESAKIT ALAHAN, KOLESTEROL TINGGI DAN GAUT.

Bagi yang ade alahan seafood tu tak digalakan sangat makan lokan ni dalam kuantiti yang banyak takut nanti jadi gatal-gatal. Yang ade kolesterol tinggi pun sama ye. Jangan duk hadap sangat sebab majoriti hidupan laut ni terutama jenis bercengkerang sangat lah tinggi kadar kolesterolnya. Yang ade penyakit gaut pun sama ye.. lokan ni tinggi juga asid urik. Jadi kene berhati-hati ye semua. Makan ala kadar je atau amik bau je.. hehe..😉😉

Wassalam..












Share:

0 komen:

Bonjour & Welcome

Bonjour & Welcome

ألف إسماعيل

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support