learn wisdom by reflection, imitation and experience

  • Jangan Abaikan 5 Makanan Ini

    Sekiranya anda dihidangkan dengan makanan tersebut, jangan tolak atau abaikan mereka. Ini kerana makanan tersebut mempunyai...

  • Kek Coklat Moist

    Kek coklat yang sangat gebu dan enak yang paling senang untuk dilakukan. Hanya beberapa minit sahaja untuk menghasilkannya. Jom kita cuba...

  • Bagaimana Mencari Keberkatan

    Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat? Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita...

  • Lesung PiPit Adalah Kecacatan Otot

    Lesung pipit boleh terjadi apabila otot zygomaticus utama yang terbentuk lebih pendek daripada ukuran sebenar, ataupun otot ini terbelah menjadi dua. Ketika seseorang itu tersenyum atau...

Nasi Briyani Aidiladha 2018

Alhamdulillah...

Setelah setahun tak menjenguk blog, kini aidiladha datang menjemput untuk menitipkan kenangan aidiladha 2018...




Pengorbanan.... pengorbanan muncul dalam pelbagai bentuk dan tidak tertumpu kepada sesuatu aktiviti atau perkara sahaja. Bagi diri saya, pengorbanan yang paling besar adalah apabila kita terpaksa melakukan sesuatu perkara demi kebaikan orang lain...berkorban diri dan perasaan mungkin...



Menu Hari Raya Korban 2018




Alhamdulillah, saban tahun beraya rasanya tak pernah tertinggal dapat daging korban. Sana sini orang ramai mengambil bahagian dalam majlis korban.. Syukur nikmat kepada sang Pencipta kerana masih mengurniakan kami rezeki yang berpanjangan...

Kesempatan ini turut dirai oleh keluarga dan sanak saudara yang berkumpul. Juadah istimewa tidak tertinggal malah turut dikongsi seisi keluarga. Ini dia nasi briyani yang ringkas lagi menyelerakan...



Sebenarnya bukanlah sukar sangat nak buat juadah ni. Saya yakin ramai yang boleh masak sendiri dan tidak perlu takut untuk mencubanya. Perkara yang paling penting ialah anda berani dan yakin untuk mencuba!! Disini saya kongsikan resipi yang saya ubahsuai dari resipi asal yang saya dapat.


Resipi Nasi Briyani.

1 kg Beras (saya gunakan beras basmati faiza)
1/3 tin susu cair
1 paket kecil rempah briyani
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 biji bawang holland (bawang besar kuning) - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris halus
1 ini halia (1 ruas jari) - hiris kasar
1 ketul kiub pati ayam
kismis (pilihan)
gula dan garam
4 helai daun pandan
air kosong - sukat sehingga 1 ruas ibu jari

Rempah kasar:
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih


Cara-cara;
1. Basuh dan rendamkan beras selama 30 minit
2. Hiris bawang besar dan bawang putih
3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak kemudian tumiskan rempah kasar dan halia sehingga harum.
4. Masukkan rempah kari briyani (tidak perlu jadikan pes). Tumis sehingga naik bau.
5. Masukkan beras ke dalam periuk. Tuang susu cair.
6. Masukkan bahan rempah yang telah ditumis tadi. Gaul hingga sebati.
7. Masukkan air sehingga ke paras 1 ruas ibu jari.
8. Masukkan kiub pati ayam, kismis dan daun pandan. akhir sekali masukkan bahan perasa.
9. Nasi briyani sedia masak dan dihidangkan bersama daging briyani, acar mentah,
 atau lauk-lauk lain yang sesuai dengannya.



Salam Aidiladha dan selamat mencuba resipi ini ya..!!!!


Share:

Cara Malaikat Memberitahu Kita Bila Ajal Hampir Tiba



Sebahagian para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut nyawa, “Tidakkah kau memberikan peringatan kepada manusia bahawa kau datang sebagai Malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih berhati-hati?”

Malaikat menjawab, “Demi Allah, aku sudah memberikan peringatan dan tanda-tanda yang sangat banyak berupa penyakit, uban, penglihatan mulai tidak jelas (Terutama ketika sudah tua).

“Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila telah datang peringatan tadi, ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekalan yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: “Bukankah aku telah memberimu banyak tanda-tanda bahawa sebentar lagi aku akan datang?

“Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan yang lain.” (Hadis riwayat Imam Qurthubi)

Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunyai dua mata diwajahnya dan dua lagi ditengkuknya, “Wahai Malaikat pencabut nyawa, apa yang akan kaun lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal di waktu yang sama: yang satu berada di hujung timur dan yang satu berada di hujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor binatang pun akan mati?”

Malaikat pencabut nyawa berkata, “Aku akan memanggil roh-roh tersebut, dengan izin Allah SWT, sehingga semuanya berada diantara dua jariku, bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana (bekas) besar dan dapat mengambil yang mana saja sekehendak hatiku.” (Hadis riwayat Abu Nu’aim)

Orang mati mendengar tetapi tidak mampu menjawab

Rasulullah SAW memerintahkan agar mayat-mayat orang kafir yang terbunuh ketika perang Badar dilemparkan ke dalam sebuah perigi tua.

Kemudian Rasulullah mendatanginya dan berdiri dihadapannya. Setelah itu, baginda memanggil nama mereka satu persatu, “Wahai fulan bin fulan, apakah kalian mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kalian untuk kalian benar-benar ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar-benar ada dan terbukti.”

Umar lalu bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau mengajak berbicara orang-orang yang sudah menjadi mayat?”

Rasulullah SAW menjawab, “Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kamu memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan. Tapi ketahuilah, mereka mendengarnya tetapi mereka tidak dapat menjawab.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1846549478997825&id=1635823076737134



Share:

Followers

Powered by Blogger.

Theme Support